FASE LOMPAT KIJANG
Lompat kijang dapat dibahagikan kepada lima
fase seperti berikut:-1) fase penujuan, 2) fase meloncat ( hop), 3) fase
melangkah ( step), 4) fase melompat (jump), 5) fasa pendaratan.
1. Fase Penujuan
Tujuan fase ini adalah untuk menghasilkan kelajuan
mendatar yang maksimum bagi tiga fase berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16
langkah adalah mencukupi untuk pelompat peringkat sederhana. Tegakkan
badan bila menghampiri papan lonjak.
2. Fase meloncat ( hop)
Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), yaitu melompat dan
mendarat pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah
digunakan pada fase ini. Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu
tidak seharusnya mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan
kelajuan yang telah di perolehi itu untuk meloncat seberapa jauh
yang boleh.
Pendaratan kaki lonjak pada papan itu
diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan
tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit
terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat darihujung kaki sehingga kaki
itu terkedang lurus kedepan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki
melonjak itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.
3. Fase
Melangkah (Step)
Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang
lurus. Pada masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke
depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk menggerakkan
badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara (yaitu fase
penerbangan), kaki kanan yang berada di hadapan, diayun sedikit ke
belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri di gerak ke depan supaya
berada dibawah badan.
Kedudukan “kaki terbuka” (split) ini
dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan
dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan
ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak ke arah
belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya dibengkokkan
pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.
4. Fasa melompat (jump)
Kaki bebas, yaitu kaki kiri diayun kuat ke depan (
bengkok pada lutut).Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh
ayunan tangan.Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti
gaya bunting atau „ sail‟ boleh digunakan semasa berada di udara.
5. Fasa pendaratan.
Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan kedepan, badan
condong ke depan untuk mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir,
kedua-dua lutut dengan segera dibengkokkan dan ayunan kedua-dua
tangan diteruskan sampai ke depan.
Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com
BalasHapusKelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
-Situs Aman dan Terpercaya.
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
- Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
- 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
8 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66
Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com